• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Latar Belakang

Silalah Berkenalan


Serba Sedikit Tentang Kami

Kami adalah sebuah kelab sukan rekreasi dan kejurulatihan yang dikenali dengan nama SELAT. Ditubuhkan pada 21 November 2011 dengan menggunapakai nama KELAB JURULATIH REKREASI (SELAT) PAGOH, MUAR sebagai nama rasmi pertubuhan. Hampir 5 tahun penubuhan kami telah menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi. Uniknya kami adalah kami pakar dalam aktiviti-aktiviti rekreasi dan luaran seperti aktiviti-aktiviti tali, aktiviti di tempat tinggi,abseiling, wall climbing, survival, dan lain-lain. Selamat berkenalan.

Berikut adalah aturan kepimpinan yang telah ditubuhkan :

    Pengerusi - Azmi Bin Samsudin
    Timbalan Pengerusi - Mohd Guntur bin Mohd Nor
    Setiausaha - Mohd Hairul bin Hamzah
    Bendahari - Azlan Shah bin Abu Bakar
    AJK :
  • Mohd. Dzulkhairi bin Mustafah
  • Aizuddin Azrin bin Jamaluddin
  • Mohd. Firdaus bin Mahsuri
  • Hafiz Hanis bin Jamaluddin
  • Syahmi bin Sa’dan
  • Saifuddin bin Sudin
  • Mohd. Shafiq bin Sakeh
  • Noor Sharifah binti Md. Nor
  • Hajar Norasyikin bt Abu Bakar
  • Sdri Pau Chee Fung

Profil

Deepak Bhagya

Maklumat Peribadi

Zairi Mohamad

Sayalah author page ini. Berasal dari Melaka dan mula melibatkan diri di belakang tabir dengan selat pada 2009 sebelum penubuhan kelab ini lagi. Saya tidaklah mahir menggunakan blog sebenarnya tapi ini adalah sumbangan saya pada kelab ini. Semoga kami dapat memberi manfaat pada orang lain. Telusuri blog ini untuk aktiviti-aktiviti yang kami jalankan.

MOTTO : "JADILAH MANUSIA YANG MEMBERI MANFAAT UNTUK ORANG LAIN"



Birthday: 21 SEP 1986
No. Telefon: +(6012) 629 9994
Website: na
E-mail: selat.club14@gmail.com

SELAT TEAM

KRONOLOGI


Employment

  • 2015-future

    Mutation Media @ Web Developer

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

  • 2011-2014

    Websoham @ Exclusive Admin

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

  • 2009-2011

    Templateclue.com @ Lead Developer

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Education

  • 2015

    University of Engineering @Level

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

  • 2013-2014

    College of Awesomeness @ passed

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

  • 2009-2013

    College of Informatics @ graduated

    Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Kemahiran TEAM SELAT

SURVIVAL ACTIVITIES
90%
HIGH ROPE ACTIVITIES
BUSINESS ACTIVITIES
95%
CAMP SITE DEVELOPMENT
TRAINING & DEVELOPMENT
95%
RECREATIONAL ACTIVITIES

Portfolio

My latest projects


Ahad, 14 Jun 2015

Jenis Sukan & Rekreasi - Kajian Empirikal


Kajian Empirikal

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji  dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah.

Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan.

Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi  dengan lebih dekat.

Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

bersambung... 


Jenis Sukan & Rekreasi - Perkhemahan


Perkhemahan
Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran.

Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati diri dipupuk dalam diri seseorang individu.

Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing.




Jenis-jenis Khemah
Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: 

Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.





Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.





Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.




Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’.



bersambung...

Sukan & Rekreasi - Kepentingan


Kepentingan Sukan dan Rekreasi

Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan. Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.

Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.

bersambung...


Sukan & Rekreasi - Pengenalan

Pengenalan

Istilah ‘rekreasi’ berasal dari bahasa Latin iaitu, ‘re-creare’ yang bermaksud membuat ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain pekerjaan.   Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-

Webster (1990)
Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan.

Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
Knapp ( 1981 )
Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Douglas (1970)
 Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak dibatasi.

Meyer, Brightbill dan Sessom
  • rekreasi merupakan kegiatan
  • bentuknya beraneka ragam
  • rekreasi ditentukan oleh motivasi
  • rekreasi dilakukan secara rutin
  • rekreasi sukarela
  • rekreasi dilakukan secara universal dan penting
  • rekreasi adalah serius dan berguna
  • rekreasi itu fleksibel
  • rekreasi merupakan hasil sampingan
bersambung....




Jurulatih Yang Baik


source http://www.secretan.com/coaching/

 Ciri-ciri Jurulatih Yang Baik.

1)      Kecerdasan sukan/ Sport intelligence
Ciri jurulatih ini ialah, bersifat ingin tahu, kreatif, berfikiran terbuka. Selain itu, jurulatih juga dapat menilai sesuatu situasi sukan dengan cepat dan tepat. Jurulatih yang pandai telah melalui pelbagai pengalaman yang akan digunakan  sebagai peluang mempelajari lebih tentang atlet dan sukan.

2)      Dorongan / drive
Ciri-ciri jurulatih ini ialah, berorientasikan matlamat pencapaian. Cara jurulatih ini ialah, tidak akan menunggu sesuatu terjadi, tetapi akan membuatkan ia berkesan. Jurulatih juga tidak mudah berputus asa untuk meneruskan usaha walaupun pelbagai rintangan dihadapi.

3)      Penyabar
Jurulatih mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana bukan mudah untuk melatih atlet sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang sukan. Peningkatan prestasi atlet dicapai  dengan perlahan dan mungkin kurang konsisten. Jurulatih perlu menetapkan standard pencapaian yang realistik supaya tidak mudah putus asa apabila tidak mencapai sesuatu matlamat.

4)      Komitmen emosional
Jurulatih   perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah timbul, dapat diatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan respon positif daripada atlet.

5)      Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun peraturan keselamatan.  Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik , pengetahuan berkenaan isu sukan  supaya prestasi atlet dapat meningkat.

6)      Yakin
Seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi akan dihormati oleh atlet. Hal ini memudahkan jurulatih untuk member arahan .

Peranan Jurulatih
  • Pengatur strategi
Membentuk perancangan pembangunan sumber manusia jangka panjang untuk mempastikan pencapaian misi dan visi sesebuah organisasi.
  •  Pengurus
Melibatkan kerja merancang,melaksana,mengurus dan mengawas kegiatan latihan.
  • Pereka bentuk
Mereka bentuk program,pembentukan objektif,menyusun kandungan kursus,merangka strategi,penyempaian dan merancang penilaian.
  •  Rakan
Memberi ruang kepada atlit untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk meneratkan hubungan antara jurulatuh dan atlit.
  •    Pendidik
Jurulatih berperanan memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.
  •    Pelatih
Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul. Jurulatih juga berperanan meningkatkan kecergasan atlet.
  •      Perangsang/ Motivator
Jurulatih juga perlu menjadi sumber semanagat kepada atlet supaya atlet menghasilkan prestasi terbaik
  •      Penubuh tabung
Jurulatih perlu mengorganisasikan sesebuah pasukan dengan cara penubuhan tabung, contohnya tabung kebajikan atlit yang ditimpa bencana.



Safety First




Keselamatan dalam aktiviti luar dan sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, peralatan dan peraturan pertandingan atau latihan. Ramai peserta mengalami kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perlulah diutamakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Perincian keselamatan adalah seperti berikut :

PAKAIAN
Pakaian haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan keselesaan.

PERALATAN
Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan dan beraktiviti malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan.

PERALATAN KESELAMATAN
Semua peserta aktiviti mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Peralatan sukan-sukan perlu sentiasa diselia selenggara dan dinaik taraf untuk keselamatan yang optimum supaya menjamin keselamatan pengguna dan jurulatih semasa latihan.

Aspek di atas merupakan perkara yang perlu diberi PERHATIAN UTAMA dalam menjalankan aktiviti luar oleh jurulatih dan peserta yang mengikuti aktiviti. Kecacatan dan kecuaian kecil terkadang boleh menyebabkan impak besar yang tidak dijangka oleh sesiapa. Maka amatlah dititik beratkan Disiplin Keselamatan bagi menjaga diri dan para peserta.

Bersambung.....



Extreme Camp 2015 - UTM Skudai


 


Telah berlangsung satu program antara kerjasama KLKM UTM SKUDAI, POLITEKNIK MUADZAM SYAH, UiTM dengan barisan Jurulatih yang berlangsung di UTM Skudai pada 23-25 April 2015. Keseronokan menjalankan aktiviti menyebabkan Jurulatih sanggup berpenat lelah menjayakan aktiviti demi permintaan peserta-peserta. =)



Perkhidmatan

Kepakaran Kami


Branding

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua.

Web Design

Quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Donec sit amet venenatis ligula. Aenean sed augue scelerisque.

Graphic Design

Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident.

Development

Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident.

Photography

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod. Donec sit amet venenatis ligula. Aenean sed augue scelerisque, dapibus risus sit amet.

User Experience

Quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Donec sit amet venenatis ligula. Aenean sed augue scelerisque, dapibus risus sit amet.

Hubungi Kami

Jadikan Kami Sahabat Anda


Alamat

12 Street West Victoria 1234 Australia

Telefon untuk Dihubungi

+(12) 3456 789

Blog

https://www.selatclub.blogspot.my