Keselamatan dalam aktiviti luar dan sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan
 fizikal mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti
 memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi 
alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, peralatan dan peraturan
 pertandingan atau latihan. Ramai peserta mengalami kecederaan 
kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi 
mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perlulah diutamakan 
sebelum, semasa dan selepas aktiviti. Perincian keselamatan adalah seperti berikut :
PAKAIAN
Pakaian haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan 
membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada 
kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. 
Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang 
terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan 
menjejaskan kesihatan dan keselesaan.
PERALATAN 
Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan 
fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan dan beraktiviti malahan akan dapat 
meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam 
sukan.
PERALATAN KESELAMATAN
Semua
 peserta aktiviti mestilah menggunakan peralatan keselamatan 
untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan
 adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Peralatan sukan-sukan perlu 
sentiasa diselia selenggara dan dinaik taraf untuk keselamatan yang 
optimum supaya menjamin keselamatan pengguna dan jurulatih semasa 
latihan.
Aspek di atas merupakan perkara yang perlu diberi PERHATIAN UTAMA
 dalam menjalankan aktiviti luar oleh jurulatih dan peserta yang 
mengikuti aktiviti. Kecacatan dan kecuaian kecil terkadang boleh 
menyebabkan impak besar yang tidak dijangka oleh sesiapa. Maka amatlah 
dititik beratkan Disiplin Keselamatan bagi menjaga diri dan para 
peserta.
Bersambung.....

0 comments:
Catat Ulasan