Pengenalan
Istilah ‘rekreasi’
berasal dari bahasa Latin iaitu, ‘re-creare’ yang bermaksud membuat ulang,
kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara
umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain
pekerjaan. Aktiviti
rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun
atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa
dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri,
keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang
membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan
beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-
▪ Webster (1990)
Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan
kembali atau hiburan.
▪ Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan
persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan
pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.
▪ Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal
pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
▪ Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina
(positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
▪ Knapp ( 1981 )
Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan
objektif pendidikan.
▪ Douglas (1970)
Rekreasi alam
tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak
dibatasi.
▪ Meyer, Brightbill dan Sessom
- rekreasi merupakan kegiatan
- bentuknya beraneka ragam
- rekreasi ditentukan oleh motivasi
- rekreasi dilakukan secara rutin
- rekreasi sukarela
- rekreasi dilakukan secara universal dan penting
- rekreasi adalah serius dan berguna
- rekreasi itu fleksibel
- rekreasi merupakan hasil sampingan
0 comments:
Catat Ulasan