Perkhemahan
Aktiviti perkhemahan adalah
penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran.
Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi perlu
diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun
perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas
pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan
jati diri dipupuk dalam diri seseorang individu.
Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara
tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.
Aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara
tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran
kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing.
Jenis-jenis Khemah
Jenis-jenis
khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:
▪ Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia
diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan
dilipat.
▪ Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai
serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk
perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
▪ Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang
kanvas.
▪ Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah.
Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis
‘dome’.
bersambung...
0 comments:
Catat Ulasan