• Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Youtube

Ahad, 14 Jun 2015

Jenis Sukan & Rekreasi - Kajian Empirikal


Kajian Empirikal

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji  dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah.

Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan.

Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi  dengan lebih dekat.

Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

bersambung... 


0 comments:

Catat Ulasan

Hubungi Kami

Jadikan Kami Sahabat Anda


Alamat

12 Street West Victoria 1234 Australia

Telefon untuk Dihubungi

+(12) 3456 789

Blog

https://www.selatclub.blogspot.my